Berita Semasa

10 April, 2008 19:55 PM MARA Beri Pembiayaan RM25,000 Kepada Usahawan Bumiputera Ceburi Peruncitan TelekomunikasiKUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pembiayaan kewangan sehingga RM25,000 kepada usahawan Bumiputera yang berminat menceburi bidang peruncitan telekomunikasi di bawah konsep mentor mentee, kata Pengerusi MARA Brig Jen (B) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin.Beliau berkata MARA merancang mewujudkan 300 kiosk pada masa terdekat yang diusahakan oleh usahawan berminat sebagai mentee di bawah seliaan syarikat mentor yang dilantik. Katanya salah sebuah syarikat yang telah dilantik oleh MARA sebagai mentor kepada usahawan Bumiputera yang menceburi bidang itu adalah Myshop Venture (M) Sdn Bhd."Dengan bantuan ini diharap akan dapat membuka laluan yang lebih mudah kepada usahawan khususnya golongan muda untuk serius dalam industri teknologi maklumat ini," katanya ketika merasmikan kiosk berkonsep Myshop Venture di Taman Ukay Perdana di sini.Abdul Hamid berkata pelantikan Myshop Venture sebagai mentor dalam bidang telekomunikasi peruncitan diharap akan menjadi pemangkin kepada lebih ramai usahawan bumiputera menerokai dan menguasai bidang itu.Abdul Hamid berkata melalui program itu, bakal usahawan akan menikmati sistem perniagaan peruncitan secara bersepadu dan teratur dengan menggunakan teknologi "elektronik wallet" (e-wallet) yang disediakan oleh mentor.Katanya melalui teknologi ini pihak mentor dan Mara dapat memantau perniagaan usahawan dengan cepat dan pantas secara online atau pun offline.Beliau berkata usahawan juga akan mendapat stok secara mudah, cepat dan tidak menyimpan stok terlalu banyak yang mana ini boleh merugikan mereka. Sementara itu, Penasihat Myshop Venture Zulkifli Zainudin berkata pihaknya mensasarkan 70 mentee tahun ini."Kini Myshop Venture mempunyai 20 usahawan yang berminat menjadi mentee di mana empat daripada mereka sudahpun berjaya membuka kiosk sendiri," katanya.-- BERNAMA

0 Komen:

Catat Ulasan