SEPATAH DUA KATA

Salam Hormat,

Asslammualaikum wbt..

Segala puji-pujian kepada Allah swt Pencipta dan Pemerintah sekian alam semesta dan segala isinya.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw serta seluruh keluarga dan para Sahabat.

Syukur alhamdulillah, MVSB masih mampu berdiri teguh hingga kini setelah kewujudannya 32 bulan yang lalu.

Dengan misi yang diiktiraf oleh MARA yang dulunya di naungi oleh MECD, MVSB akan terus memperjuangkan misi mencari dan membangun 280 orang usahawan di seluruh negara melalui sistem Perniagaan Peruncitan di bawah Kluster ICT dan Telekomunikasi.

MVSB bukanlah sebuah organisasi yang besar dan kuat namun kami yakin dan percaya dengan kekuatan 280 rangkaian kiosk di seluruh negara, kita mampu menyaingi arus perniagaan dengan penuh keyakinan dan di segani.

Peluang dan ruang terbuka luas tinggal lagi nekad dan iltizam para usahawan yang akan menentukan ..... Segalanya mungkin.

Zulkifli Zainuddin, Haji
Penasihat MVSB

LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN SESI 2009

Peta Lokasi


PROGRAM : Latihan Pembentukan Usahawan
Kluster ICT & Telekomunikasi
FASA I : Kursus Asas
FASA II : Perancangan Perniagaan
TARIKH : 5 Feb - 13 Feb 2009
TEMPAT : Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka.

PERATURAN :
  • Peserta yang terpilih diwajibkan hadir.
  • Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM 300.00 dan bayaran boleh di buat melalui akaun MYSHOP VENTURE Maybank 514057181367. Sila simpan resit pembayaran untuk rujukan semasa pendaftaran.
  • Yuran penyertaan tersebut akan dibayar kepada pihak MARA dan selebihnya akan digunakan untuk urusan pentadbiran, pengangkutan, t-shirts dan bahan bercetak.
  • Sila sahkan kehadiran dan pembayaran kepada kami secepat mungkin untuk menempah tempat.
PENDAFTARAN :
  • Tarikh : 5 Februari 2009 (Khamis)
  • Tempat : Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka
  • Daftar masuk : Selepas 2.30 petang
TATATERTIB :
Sepanjang tempoh mengikuti program ini tuan/puan hendaklah mematuhi arahan dan peraturan program yang ditetapkan oleh pihak MARA dan MYSHOP serta menghadiri program ini sepenuhnya sehingga tamat. Tindakan akan diambil sekiranya terdapat pengingkaran mematuhi peraturan perjalanan program dengan menamatkan penyertaan tuan/puan dan tidak dibenarkan meneruskan program selanjutnya.

PENGINAPAN / MAKAN MINUM :
Pihak MARA menyediakan kemudahan tempat penginapan dan makan minum untuk peserta sahaja sepanjang tempoh program tersebut.

PERJALANAN :
Perjalanan pergi balik ke tempat program akan ditanggung oleh pihak Myshop Venture.
TAKLIMAT / PENGENALAN PROGRAM :

Tuan/puan dikehendaki berada di tempat program pada 5/2/2009 dan taklimat program akan bermula pada jam 8.30 malam.

KEPERLUAN PROGRAM :
Tuan/puan hendaklah membuat persediaan dan membawa bersama perkara-perkara berikut :
  1. Pakaian kuliah untuk 8 hari (tidak dibenarkan memakai seluar jeans, selipar dan t-shirts)
  2. Pakaian harian dan keperluan peribadi termasuk ubat-ubatan.
  3. Pakaian riadah dan kasut sukan (diwajibkan)
  4. Buku nota, alat tulis, mesin kira dan gambar ukuran pasport (2 keping)
  5. Sila bawa komputer jika ada.
PERTANYAAN DAN KETERANGAN :

Sila hubungi Penyelaras Program Encik Mohd Zaini Bin MAt Zin ditalian 03-2691 5111 sambungan 3502 atau hubungi Myshop Venture di talian 03-4107 3134.

Sekian, terima kasih.