MAJLIS PELANCARAN BUSINESS SOLUTION CENTER

Tanggal 13/10/2008 bertempat di bangunan MARA Kuala Lumpur telah diadakan Majlis Pelancaran Business Solution Center atau singkatannya BIZCOM.

Pada pelancaran ini sebanyak enam (6) buah syarikat telah mengambil bahagian diantaranya AJV VELASTAR, ASPATI, ENERGETIC POINT, IPS, MYSHOP VENTURE dan PHONE CORNER.Diantara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini adalah :-
1)Produk Multimedia, Pembayaran Bil Setempat, Data Module Software-Retail
2)Pengiklanan Maya
3)Online Ticketing
4)MEPS Cash, Sistem Pembayaran Gateway,Bayaran Secara Online, MASA/AIR ASIA
Ticketing Online
5)Online Marketing dan IP Communication
6)Multi Service Phone

Majlis pelancaran ini diserikan dengan ketibaan Yang Berbahagia Datuk Seri Idris Bin Jusoh selaku Pengerusi MARA, ditemani oleh Encik Mohamad Bin Samion Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan,Encik Shahrizin Bin Haji Abdul Sarhadat Timbalan Pengarah Kanan BPU,Pengarah MARA Negeri,pegawai-pegawai MARA,mentor-mentor dan usahawan-usahawan yang terlibat.

Majlis bermula pada pukul 11 pagi dengan ketibaan Datuk Seri Idris Jusoh di sambut dengan oleh pegawai-pegawai kanan MARA dan para tetamu.Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan oleh Encik Mohamad Samion selaku Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan.Antara intipati yang cuba diutarakan oleh beliau adalah peranan BIZCOM sebagai Pusat Pengumpulan Maklumat Perniagaan Setempat dan fungsi KIOSK BIZCOM yang akan ditempatkan di setiap Pejabat MARA Negeri dan Daerah.

Antara peranan dan fungsi yang dimainkan oleh BIZCOM adalah seperti :-

1)Membantu merapatkan jurang jaringan antara semua lapisan usahawan bumiputera
2)Menyediakan Platform interaktif yang menggalakkan ahli sentiasa berhubung
3)Membantu mewujudkan rangkaian kerjasama antara ekosistem keusahawanan
4)Membantu perkembangan pembangunan usahawan luar bandar, siswazah dan usahawan
sedia ada

Selepas itu majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi MARA iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan penyerahan watikah perlantikan Penyedia Teknologi dalam Bidang ICT dan Telekomunikasi kepada Myshop Venture (M) Sdn Bhd serta lima (5)syarikat yang terlibat dan juga lawatan ke booth-booth.Datuk Seri Idris Jusoh telah meluangkan masa melawat booth Myshop Venture dan telah melihat konsep yang ingin diperkenalkan oleh pihak Myshop Venture.Penerangan dilakukan oleh Mejar (B) Mohamad Yusof Bin Zainudin selaku Ketua Pegawai Operasi Myshop Venture (M) Sdn Bhd.Beliau telah memperkenalkan sistem Myshop dan juga ATA (Analog Telephone Adapter)

Majlis diakhiri dengan jamuan ringkas.

Disini pihak Myshop Venture ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahmad Farid Abdul Razak,Mohamad Suzainye Bin Muhamad Sharif,Azmi Ismail, para petugas ATA/KOPEDIK dan juga petugas-petugas Myshop serta mereka yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.

0 Komen:

Catat Ulasan