SEPATAH DUA KATA

Salam Hormat,

Asslammualaikum wbt..

Segala puji-pujian kepada Allah swt Pencipta dan Pemerintah sekian alam semesta dan segala isinya.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw serta seluruh keluarga dan para Sahabat.

Syukur alhamdulillah, MVSB masih mampu berdiri teguh hingga kini setelah kewujudannya 32 bulan yang lalu.

Dengan misi yang diiktiraf oleh MARA yang dulunya di naungi oleh MECD, MVSB akan terus memperjuangkan misi mencari dan membangun 280 orang usahawan di seluruh negara melalui sistem Perniagaan Peruncitan di bawah Kluster ICT dan Telekomunikasi.

MVSB bukanlah sebuah organisasi yang besar dan kuat namun kami yakin dan percaya dengan kekuatan 280 rangkaian kiosk di seluruh negara, kita mampu menyaingi arus perniagaan dengan penuh keyakinan dan di segani.

Peluang dan ruang terbuka luas tinggal lagi nekad dan iltizam para usahawan yang akan menentukan ..... Segalanya mungkin.

Zulkifli Zainuddin, Haji
Penasihat MVSB

5 Komen:

stickapoint berkata...

Salam.Syabas,kerana dapat menjadi mentor untuk MARA.Tapi kalau di laman blog ini biarlah di siarkan maklumat yang berguna.Buat point point tertentu,cuba layari chedet.com atau blog2 lain yang professional.Jangan jadikan tempat blog untuk chatting.Buang masa saja.Lagi satu,usahawan yang muda muda ni dah bersedia ker untuk menempuhi cabaran 2009 ni,ade baca ke ape akan jadi pada ekonomi dunia,ape perancangan anda?ada alternatif lain utk memajukan syarikat ker?.Saya juga bekas peserta MARA,yang tak pernah buat ape ape pinjaman,tapi masih boleh berniaga sendiri selama 6tahun tetapi sekrg telah merudum seketika kerana kemelesetan ekonomi.Dah bersedia ker anda utk menempuhi nyer?.Kalau ingat meniaga nak senang senang jer,hentikan lah.Jangan buang duit MARA,nanti rakyat juga yang akan susah,kan MARA tu Majlis Amanah Rakyat."Sekarang bukan,bermenung zaman bermenung"kalau di petik pada senikata lagu SEROJA ni,nescaya kita akan sedar dari tidur ini.
Tahun 2009 ini kemelesetan ekonomi akan terjadi,tak boleh ke myshop Venture ni buat mobile unit ker?sebab zaman mellinium ni bukan zaman customer cari produk,tapi produk pergi ke customer.Dan kos nyer lebih murah,dari buat kiosk atau kedai.Kalau nak masuk kedai deposit 2+1,campur letrik dan air paling busuk pun rm30-40 ribu mesti habis.Saya dah ade pengalaman buka di komplek itu lah rate nya,pastu harap ujung minggu utk.buat sale.Kan lebih baik buat mobile unit yg pergi ke uptown2 seluruh KL atau pasar malam di seluruh Malaysia.Tapi biarlah mobile unit tu berkonsepkan tema syarikat janganlah macam jual ikan jer,barulah org berminat.Internet yang di reka oleh manusia adalah satu cabang perniagaan yang paling luas.So.pemuda atau pemudi yang baru nak mula berniaga tu di ajar cara buat marketing di internet,lebih kos efficient,ini tak. kalau nak bertanya raya buat aper?esuk nak kemana?janganlah salah gunakan internet ni,buat orglain jamm nak guna jer.
Kalau saya tengok pada berita berita yang di siarkan di website ini banyak lagi peserta peserta yang tak antar RP,ini ker nak jadi USAHAWAN,dah di bagi peluang tapi tak di gunakan.Dan sebagai usahawan bukan banyak masa dihabiskan utk chatting tapi buat kerja yang berfaedah utk syarikat.Saya tak nampaklah program ini akan BERJAYA,tapi jangan anggaplah ini sebagai kutukan tapi kalau BENAR tunjukkan pada rakyat MALAYSIA kejayaan nya satu hari nanti.Setiap peserta mesti menjalani kursus MOTIVASI rohani dan jasmani setiap 3 bulan sekali,baru lah minda kita fresh jer sentiasa.
Kenapa pihak MARA memilih bidang peruncitan sahaja,sepatutnya mesti di hubungkaitkan pihak pembekal sekali.Akhirnya pembekal utama di pegang oleh cha.. gak.Ekonomi Malaysia ni sebenarnya di pegang oleh bangsa lain.So ambillah nasihat saya ini sebagai teguran positif tapi kalau nak pandang negatif silakanlah,suis nya di tangan anda,sebab saya nampak program ini baru 3 bulan bermula dan seeloknya dari awal biar tegas,kalau seorang pilot kapalterbang di beri isyarat "ready for take off.."itulah saatnya yang kritikal kalau kapalterbang tak jadi terbang,jawabnya nyawa melayang.Samalah dalam perniagaan kalau dapat bertahan sebelum berada di atas itulah kejayaan sebenarnya.Terima Kasih.Wassallam

Anonymous berkata...

Stickpoint,anda dijemput untuk hadir ke pejabat Myshop untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan.Sebarang idea dan cadangan amat kami alu-alukan.Terima kasih diatas komen yang diberikan.

stickapoint berkata...

saya sekarang tengah menjadi suamirumahtangga,tak dapat keluar kemana mana kerana isteri terpaksa bekerja sementara saya dapat memulihkan kembali perniagaan saya,insyaallah tahun 2009 saya akan aktif semula.saya akan cuba berkunjung ketempat tuan demi masyarakat usahawan kita.saya dapat di hubungi melalui stickapoint@gmail.com

Anonymous berkata...

assalammualaikum..saye setuju dngan pendapat stikapoint.akan tetapi ruang chat lebih bagus untuk usahawan muda zaman sekarang.bukab chat itu buang mase tetapi ape yg dibincangkan..chat ilmuan,

ROHAIFI AZRI berkata...

setuju dgn pandangan bro. stickapoint, mmg kalo nak menyewa bukak kiosk di shopping kompleks, jawabnye tok sah harap la. Pinjaman yang dapat pun RM25,000 jea. Elok jugak cari alternatif lain, buat secara 'mobile' umpamanya...

saya di kuantan, tempat yang agak 'murah' untuk sewa tapak buat kiosk adalah di Kompleks Teruntum. Tapi pihak pengurusan mensyaratkan, untuk bukak kiosk, kene terlebih dahulu menyewa kedai dalam kompleks tu. So, macammana usahawan2 yang baru nak bermula ni akan mampu untuk menyewa unit kedai??? Mana nak cekau duit?

Apa yang bleh dilihat, kat kompleks teruntum tu, rata2 kiosk dan kedai2 handphone dimonopoli oleh peniaga Cina, kita bangsa melayu ni, melukut di tepi gantang la jawabnye. eh! bukan melukut di tepi gantang, tepi gantang kiranye orait lagi, ni dah sampai tahap melukut di tepian longkang... Wallahu a'lam...

Catat Ulasan