Salam dan harapan

Salam pada semua bakal-bakal usahawan kita semua.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah pada anda semua kerana kesanggupan anda datang menghadiri kursus ini yang di buat selama 9 hari ini bermula pada 17 hb dan akan berakhir pada keesokkan harinya pada 26/08/2008.
Pengorbanan anda menghadiri kursus ini dan kesanggupan meninggalkan anak, isteri, teman wanita, teman lelaki dan perniagaan anda menunjukkan kesanggupan anda berjuang atau mencari sesuatu yang amat berharga pada diri anda dan juga orang yang disekeliling.
Semoga harapan yang telah saya dengar di hari pertama perkenalan kita, akan menjadi realiti.Walaupun, telah banyak pengalaman pahit manis kita bersama selama 9 hari yang singkat ini, saya ingin mengucapkan tahniah pada anda semua sekali lagi kerana tekad kesabaran dan kesungguhan anda.
Saya juga ingin memohon maaf andai kata saya tersalah kata dan perlakuan secara sedar ataupun tidak sepanjang program ini berlangsung.Diharapkan kita akan bertemu di tempat perniagaan anda nanti.Janganlah membazirkan ilmu yang anda timba ini sepanjang anda berkursus ini.
Sekian

4 Komen:

rotten berkata...

Jgn Bazir Ilmu Jdlah Pengguna Ilmu Yang BiJak!!!
p/s: PENGGUNA BIJAK PENIAGA ???

Anonymous berkata...

saya berminat nk menjalankn bisnes myshopV nie.. tapi dari segi modal mcm mn ya???? kalo apply tru MARA kena guna habis ke pinjaman yg diberikn?????

Anonymous berkata...

kalu berminat sila tinggalkan email atau contact no anda supaya boleh kami hubungi.TQ ^_^

ROHAIFI AZRI berkata...

"SALAM DAN HARAPAN"

Semoga impian untuk menjalankan perniagaan ini dapat direalisasikan seberapa segera mungkin...

(^_^)

Catat Ulasan